Monday, September 10

Perihal Kebabian Yg Melampau :)

mencuba mencari kesabaran yang terselit di tengah-tengah pekat malam. dalam usaha untuk menenangkan diri dari merusuh di tengah panas. menahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat untuk manusia yang masih di panggil sebagai kawan, rasanya.

tak ada hati untuk minta maaf, bukan sebab ego, tapi sebab tak mampu nak pandang muka. jijik, rasa macam nak lempar dengan kata-kata yang boleh beri luka, tapi ... entah lah. semacam tak ada hati langsung untuk jadi budak-budak.

tak rasa macam di zaman pra-matang di mana semua masalah diselesaikan dengan pergaduhan. pergaduhan masih ada, betul. tapi sebetulnya, tak perlu lah kita tagih simpati orang lain semata kita yang laparkan perhatian segala.

walaupun penat, tapi sudah-sudahlah. aku mampu berjuang sehingga ke akhir waktu, kalau itu yang kau mahu. aku boleh pergi dan lari menongkah arus, jika itu yang kau perlu. jangan di waktu kau susah kau cari aku, sebab masa itu, memang aku akan angkat dagu, seperti aku tak pernah kenal kamu.

payah lah. siapa suruh cari gaduh kan ? aku paling malas nak gaduh, terlampau banyak proses makian yang harus aku cerna kan, dan aku dah tak kuasa nak cernakan makian tersebut. tak kuasa okay, tak kuasa.







haih.

No comments: