Monday, September 10

Perihal Kerugian Yang Tak Dirasakan :)

nanti, bila entri sudah mencecah angka 500,
aku mahu tutup buku ini.
blog ini sudah hilang penyeri,
sebab tuannya tak berapa reti nak menghargai.
merajuk sudah, hati pun sudah kata benci.
kadang kala, cerita dekat blog pun bukannya seratus peratus realiti.


sudah putus kawan, seorang besar, seorang kerdil. alhamdulillah, walaupun pedih, tetap ada hikmah.
jangan hanyut dengan mereka, jangan hanyut dengan orang yang tak reti menghargai dan menerima.


yang sudah tu sudahlah, jangan buat entri balasan lagi,
tak enak dibaca orang. tak manis di kata orang. biarkan dia lala.
jangan ubah diri kau, sebab, hanya kau yang mampu kenal sehabis mungkin diri kau, bukan mereka-mereka semua.
mereka setakat datang dekat dan mampu calit lumpur dan berlalu pergi, macam tahi.


kasihan, kehilangan mereka bukan patut ditangisi,
tapi disambut dengan perayaan yang berwarna-warni.


tak rugi apa-apa ah. haha


PS :
kalau benci cakap benci,
jangan mintak maaf kemudian buat lagi :)

aku dah faham motif kau mintak maaf sekarang ni,
oh ya, jangan risau, rahsia kau memang ada dalam tangan aku.
miaw !

No comments: