Monday, September 10

Hilang.

kita takkan sedar apa yang kita sedang kehilangan. maksud sebenar, aku takkan sedar apa yang aku sedang kehilangan. sikit sikit, langsung nanti semua pergi. langsung nanti semua tak sudi. kalau ditanya pendapat aku, aku selesa berada dalam keadaan kekecewaan. mungkin, aku temui unsur keselesaan dalam waktu-waktu kegelapan. faktor keluarga dan sahabat handai yang optimis, juga mungkin. dan sekarang aku kecewa, lihat betapa aku mudah dikecewakan ? benar. setakat kecewa sebab hanya mampu selesaikan lapan soalan hisab tambahan tadi, apalah sangat nak dibandingkan dengan kekecewaan aku kerana tak mampu beribadah sesempurna manusia, namun akan dicuba juga.








PS ; peh. aku nak cakap pasal soalan Add Math yang haram susah tu je. sekali keluar ayat bahasa melayu. apadahal?

No comments: