Monday, September 10

Sense Of Belonging :

bismillah.

waktu : 0053
mood : agak letih, exhausted, really.
lagu : regina spektor - us


watched 500 days of summer.
bam ! teringat si Teman Lelaki ( i like using TL instead of BF) yang diabaikan. bila berada dalam satu fasa pemuliharaan sifat self-esteem, aku kurang berada di daratan. lebih banyak masa yang diluangkan untuk terapung di awangan. bukan day-dream, bukan. tapi lebih banyak kepada fasa memulihkan semangat untuk berada di landasan yang betul.


entahlah. bunyi macam mengarut, tapi aku rasa waktu cuti ini adalah waktu untuk aku recover daripada sebarang ketidakpuasan hati di waktu dulu. dalam fasa pemulihan ini aku lebih banyak termenung. menung secara sihat, rasanya lah. bukan termenung kosong, tapi termenung lihat masa depan yang bersimpang siur, tak tahu cabang kehidupan aku akan berakhir dengan gembira atau sedih, dimana aku jatuh dan dimana aku akan bangun semula. dimana aku harus aplikasikan segala jenis pembelajaran yang dihadamkan dalam masa lima tahun berada di sekolah menengah.

bunyi macam kanak-kanak.

tapi betul, pengalaman aku nak dibandingkan, macam bayi. merangkak-rangkak. belum kenal dunia. belum kenal isi hati manusia. belum disekolahkan secara sepenuhnya oleh para pengalaman. macam-macam hal dalam kepala. tapi entah boleh pakai ke tidak. banyak benda aku fikir nak buat. tapi bila dihadapkan dengan satu situasi, aku . . . terketaq kata orang kedah. macam otak kau tak boleh nak berjalan. dan benda ni selalunya terjadi secara spontan. dan otak kau semacam, kejung. lepas tu bila masa dah berlalu, kau akan terpikir benda apa yang harus kau buat, cakap atau fikir untuk mengadap situasi tu. dan selalunya, aku akan menyesal sebab tak kata macam ni, atau buat macam tu, atau ambil satu-satu situasi tu secara positif. tiba-tiba terasa macam loser, padahal benda simple je.


berbalik kepada 500 days of summer,

dulu, sebelum exam besar, aku kata kita akan terputus hubungan sebentar. sementara aku sibuk mentelaah untuk exam, dan dia pun sibuk dengan final dia. kami dua-dua sibuk. aku jadi cold. dingin. text tak berbalas. call tak berangkat. bila dia tanya, aku jawab endah tak endah. bila dia mintak maaf, aku kata bukan salah dia.


sekarang, exam dah habis. aku dah boleh dikategorikan lepasan sekolah. dia pun dah habis finals, kira dua-dua dah tak sibuk. tak ada benda yang nak disibukkan. tak ada benda yang nak disemakkan dalam kepala. dah boleh meronggeng, tapi tak ada masa. dia masih di tempat pengajian, dan tiba-tiba aku jadi cold. lebih cold daripada dulu. haram. aku kesian juga dekat TL. tapi seriusly, tiba-tiba aku ada semacam doubt tentang kami. you know ? bila kau rasa insecure dan rasa macam dah tak ada spark yang light up the relationship, kau akan mula terpikirkan yang bukan-bukan. bukan curang maksud aku, tapi sekadar takat keserasian kau dan TL kau. tahap keserasian kami dah makin rendah, i guess. dah tak ada chemistry, tak ada spark. tak ada bunga api letup-letup bila kau ber-texting dengan dia. dah tak ada perasaan. cakap tiga perkataan yang penting tu pun macam 'oh, okay'.


sebab, semuanya dah jadi rutin harian.


kau sayang aku, aku sayang kau, so ? that feeling alone takkan bawak kita pergi mana-mana. semuanya dah jadi hambar, tiada daya penarik. dan bila time emoe, mulalah terpikir yang aku tak cukup bagus untuk kau, aku tak cukup cantik untuk kau, bla bla bla. sampai terpikir untuk take a time off sebab tak sanggup terima kenyataan yang kau terpaksa stuck dengan aku time aku emosi begini. malu tolak tepi, tapi sebab perasaan sayang tu, aku fikir kau akan better off without somebody who's making you miserable all the time.




aku takut nak cakap, tapi aku nak kita berhenti berlakon. masing-masing dah penat jadi laki bini. dan sekarang aku nak jadi aku sendiri. tanggung semua benda sendiri-sendiri. ingat tak our first date ? aku nak macam tu. free. aku-kau. tak payah fikir perasaan jaga-hati semua. sebab hanya kita yang paham kita. boleh main tepuk tampar macam biasa. gelak macam orang gila. tak payah risau apa-apa.



. . . waktu tu best betul. takde lovey-dovey, takde sopan-sopan, semua benda nak kasar lepastu spontan. lawak kau pun lawak yang humble, tapi imaginasi tahap liar gila. mengarut-ngarut woih. aku pun tak tahan. dan aku paling suka kau sebab tu. =)

2 comments:

SUXX said...

talking abt 5oo days summer tgk sorang2 DVD 15 minutes pertama da terlelap.

ah sedih.

adilahalim ; said...

haha ! i know. agak se..low sikit cite tu. but hey, ending dia agak comel woih. comel wa cakap lu. haha :)