aku berlakon, di pentas sepi,
di arah aku, pereka tari,
kamera tersusun, di tepi rapi,
tapi tiada penghujung, tiada abadi.
sedihnya bermula, kita bersketsa,
semuanya mainan, hanya untuk tontonan,
ayat dikarang, penuh perincian,
semata untuk, penuhkan hati semua orang.
babak demi babak, harus terus dilakonkan,
watak menangis, watak yang bermonolog dalaman,
bagi yang mengerti realiti, dia hanya terdiam,
bagi yang tidak, dia hanya mampu menggumam.
di akhir cerita, di akhir ketika,
aku masih berlakon, tenang dan bersahaja,
dan ketika semua mula melangkah pergi,
ketahuilah,
hidup lakonan kita baru sahaja bermula lagi.
PS :
dalam keadaan yang lebam.
entah ape hal tulis benda yang bukan-bukan macam ni.
part of my daylight's delirium, perhaps ?
No comments:
Post a Comment