sepuluh fakta random tentang adilahalim, secara detail :
1. sangat mudah untuk jatuh sakit. demam selesema sakit perut gastrik pening kepala migraine senang cerita semua lah. apa jadi dengan daya imunisasi dia entah.
2. mudah tertekan oleh kerana hal yang remeh temeh. jangan di tanya mengapa. mungkin itu sudah tertakluk dalam genetik dia.
3. mudah dan senang terasa hati lantas merajuk dan buat perangai. ini juga, jangan ditanya mengapa. *bukan sahaja terhadap kekasih, malah keluarga dan sahabat handai*
4. obses terhadap jinjang makin berkurangan. lantas rasa seperti separuh daripada dirinya turut menghilang. mungkin zaman kegemilangannya sudah berakhir.
5. suka warna putih secara tiba-tiba. ya, apabila ia terjadi secara tiba-tiba, ia sememangnya menakutkan.
6. dulu dia boleh buat apa sahaja yang dia suka, kini dia di bawah pengawasan orang sekeliling, jadi waktu untuk
ke bulan agak ... terhad.
7. mempunyai 4 orang kekasih hati. seorang sudah bersunat,
tiga selebihnya masih belum.
8. mempunyai rambut ikal mayang yang kembang tahap nauzubillah.. kalau dibezakan zaman sebelum puberti dan selepas puberti, memang seperti melihat orang yang buat plastic surgery. *hiperbola*
9. ketika pakai seluar jeans dan shirt biasa, nampak seperti 20-an. bila pakai baju kurung, terus skip seperti
makcik-makcik baru lepas balik dari marhaban.
10. kerajinan menulis semakin kurang kerana merasakan seperti privasinya semakin lama semakin terkatup sedikit demi sedikit. mungkin selepas ini harus pakai rambut palsu jika mahu pergi membeli belah. atau buat fake id untuk bina blog baru.
siapa tahu ?
No comments:
Post a Comment