Monday, January 30

dan setelah sekalian kalinya aku mencuba,

















aku masih gagal.

Monday, January 23

Self Explosion #003 :

pedulikan apa yang semua orang nak kata.
masa depan aku lebih penting di sini,
dah cukup kot aku main-main selama ni.
masa depan aku tak secerah yang lain,
jadi dah jelas aku kena kerja kuat berbanding yang lain-lain.








doakan aku.
dan ya, walaupun pedih, aku akan baik-baik sahaja.
:)

On Being Healthy and Grateful :

amaran : sumpah panjang.


pagi ini macam biasa, dengan tangan berbirat, aku bangun lambat. perangai yang aku dapat ketika berada di hospital. sebab dah biasa bangun pukul 6 pagi, kemudian tidur balik sebab dah bosan sangat sebab terkebil-kebil lepas doktor ambil darah, daripada tak ada arah, baiklah aku tidur. ye dak ?


oh lupa, aku masuk hospital seminggu. aku tau tak ada yang teringin nak tau, tapi takpe lah. aku masih mengharapkan ada stalker2 di sana yang masih berminat dengan kisah hidup aku. heh. rephrase : bukan bekas kekasih ya. bekas kekasih nak buat apa. hm.


sebenarnya aku dalam mood yang sangat elok, boleh bergurau senda dengan imran azim dan iqmal alfi segala, cuma bila dalam proses nak menulis, aku tak tau apa kes ayat aku bunyi macam nak cari gaduh je. mungkin aku lapar. sejak aku keluar dari hospital, aku kurang 5kilo. dalam masa seminggu. rasa macam pencapaian paling hebat tahun ini, tapi itu lah, aku tak rasa kurus pun. tsk sabar je lah. tunggu aku kurang 10kilo pulak.


terus terang, ini pengalaman pertama aku masuk hospital. dengan berbekalkan azam dan semangat yang sedikit, aku hadapkan lah jugak malam pertama dekat hospital tu. tak fun langsung. nak kata ada nurse2 yang kinky, tak juga. nasib lah ada doktor yang bersikap attentive dengan aku. tak adalah aku layan dinding untuk bawak bersembang sepanjang masa. tsk, sedih nya bila teringat balik.


aku lupa lagi, aku masuk hospital kerana denggi. bukan suspek, tapi memang betul-betul denggi. dan alhamdulillah aku masih boleh bertahan. walaupun muntah minum air hundred plus dan air kosong. aku masih tak suka air kosong dan air hundred plus. trauma mungkin ? dah banyak sangat. menyampah pulak aku. dah lah tu, semua orang yang datang melawat bawak dua botol hundred plus seorang, bajet nak menggalakkan aku minum lah tu, padahal dia tak tau aku dah naik muak dengan air hundred plus. sekarang ni berbotol-botol masih ada dalam peti ais. aku haram nak minum. aku biarkan anak buah aku bergembira dengan bekalan air sejuk untuk beberapa hari ni. maklumlah family aku memang bukan jenis simpan air sejuk dalam peti ais. kurang sihat kata nya, kalau nak sejuk sangat, letak ais. dah.


oh ya, semasa aku terlantar agak tak terdaya di pembaringan tu (pergh ayat ! HAHA) aku dapat berita gembira dari kakak aku, dia kata rayuan aku berjaya. dapat sambung belajar di UiTM Sg. Petani, Kedah. kalau kan ikutkan perasaan aku time tu, memang aku tak ada perasaaan langsung. stoic habis. bila aku dapat tau, reaksi aku : oh ye ke ? okay. lepas tu sambung tidur macam biasa. bila aku bangun baru terasa macam ada benda penting yang aku terlepas, rupanya pasal uitm tu lah. cuma reaksi aku yang tak berapa nak best. haha.


bercakap pasal uitm, sebenarnya aku bersyukur sangat. sangat-sangat bersyukur sebab aku tak stuck di KL, that's for sure. aku tak stuck di unisel, aku tak stuck di lembah keramat. ya Allah happy gila aku. hahahahahahahahaha. the only reason aku nak keluar ialah, aku bukan nak keluar untuk memberontak ke apa, lepas ni terus kaler rambut ke, bukan bukan.


aku dah macam ada mind set yang aku nak travel sorang-sorang. experienced things sorang-sorang. i seriously have all these ideas about being independent and stuff. i want to be able to go to a place all my myself but can survive nonetheless. i don't care betapa jauhnya Sg.Petani tu dengan KL, because at the end of the day, aku akan balik KL jugak. so aku tak kesah. haha. i want to be able to do this in my youth days. wuhuu~ dah mcm apa je. haha.


so, aku dah bercakap tentang hospital, check. tentang uitm kedah, check. ouh, aku nak letak gambar sebarang dua. hahahaha. sori lah. first time masuk hospital enn, mesti lah jakunn ! hahahahaha. diam korang.





say hi to my tiang friend.
he's been there for me,
when i woke up, when i vomit,
when the doctor took a blood sample,
he's been there all along.
sigh, such a good friend kan?
nasib lah mamat ni diam je. hmm
-________-''


oh yes, itu drip yg ke 8 atau 9. tak berapa nak ingat.


say hi to the super long needle.
not-such-a-good-friend.
sebab sakit lah siot.
haih.




not my favourite part.
not my favourite night.
not my favourite sight.


sigh.


true. the tube is filled with my blood.
and it's freaking painful some more.
makes me realize how grateful i am to be healthy.


alhamdulillah =')


aku tau kenapa orang cakap aku gemuk.











sebab aku memang gemuk pun. end of story.

ain't dead yet.

as i walk through this valley of this life, i realize so many things. but i change almost nothing. my past are my past, but i'm hoping that my present can be my future. it's a shabby work of mine, decorating the canvas of my life with the end of the brushes, hoping i could ever paint the best masterpieces of all but damn i ain't capable of doing anything. i just splash the whole canvas with a big piece of reality and a small portion of dream. i couldn't do more, or i'll end up soaking my canvas with red blood and painful tears. as i watch all of my dreams being shattered one by one, minisculed by the one who thought that the world really evolve around them,










all i could ever want is another canvas to be paint on.
another canvas, dear god.
please.
sakit kena tumbuk, tak sama sakit macam sakit hati. tau tak ?

Perihal Delirium Tanpa Henti.

aku berlakon, di pentas sepi,
di arah aku, pereka tari,
kamera tersusun, di tepi rapi,
tapi tiada penghujung, tiada abadi.


sedihnya bermula, kita bersketsa,
semuanya mainan, hanya untuk tontonan,
ayat dikarang, penuh perincian,
semata untuk, penuhkan hati semua orang.


babak demi babak, harus terus dilakonkan,
watak menangis, watak yang bermonolog dalaman,
bagi yang mengerti realiti, dia hanya terdiam,
bagi yang tidak, dia hanya mampu menggumam.


di akhir cerita, di akhir ketika,
aku masih berlakon, tenang dan bersahaja,
dan ketika semua mula melangkah pergi,
ketahuilah,
hidup lakonan kita baru sahaja bermula lagi.







PS :
dalam keadaan yang lebam.
entah ape hal tulis benda yang bukan-bukan macam ni.
part of my daylight's delirium, perhaps ?

Perihal 2010 yang menjauh.

sepuluh fakta random tentang adilahalim, secara detail :

1. sangat mudah untuk jatuh sakit. demam selesema sakit perut gastrik pening kepala migraine senang cerita semua lah. apa jadi dengan daya imunisasi dia entah.

2. mudah tertekan oleh kerana hal yang remeh temeh. jangan di tanya mengapa. mungkin itu sudah tertakluk dalam genetik dia.

3. mudah dan senang terasa hati lantas merajuk dan buat perangai. ini juga, jangan ditanya mengapa. *bukan sahaja terhadap kekasih, malah keluarga dan sahabat handai*

4. obses terhadap jinjang makin berkurangan. lantas rasa seperti separuh daripada dirinya turut menghilang. mungkin zaman kegemilangannya sudah berakhir.

5. suka warna putih secara tiba-tiba. ya, apabila ia terjadi secara tiba-tiba, ia sememangnya menakutkan.

6. dulu dia boleh buat apa sahaja yang dia suka, kini dia di bawah pengawasan orang sekeliling, jadi waktu untuk
ke bulan agak ... terhad.

7. mempunyai 4 orang kekasih hati. seorang sudah bersunat,
tiga selebihnya masih belum.

8. mempunyai rambut ikal mayang yang kembang tahap nauzubillah.. kalau dibezakan zaman sebelum puberti dan selepas puberti, memang seperti melihat orang yang buat plastic surgery. *hiperbola*

9. ketika pakai seluar jeans dan shirt biasa, nampak seperti 20-an. bila pakai baju kurung, terus skip seperti
makcik-makcik baru lepas balik dari marhaban.

10. kerajinan menulis semakin kurang kerana merasakan seperti privasinya semakin lama semakin terkatup sedikit demi sedikit. mungkin selepas ini harus pakai rambut palsu jika mahu pergi membeli belah. atau buat fake id untuk bina blog baru.
siapa tahu ?